Kongres ketujuh Kongres_Bahasa_dan_Persuratan_Melayu

Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ke-7 telah diadakan pada 6-8 November 2006 bertempat di Balai Budaya Tun Syed Nasir (dahulunya Balai Budaya,) di DBP Kuala Lumpur.

Mengikut rancangan KBPM kali ke-7 ini dijangkakan berlangsung dua bulan lebih awal iaitu pada 15-17 September 2006 di Johor Bahru. Namun beberapa faktor, ianya tidak dapat dijalankan disebabkan:

Mengikut laporan dari majalah Siasah dalam edisi 17-30 November 2006, Datuk Dr. Abd. Latif Bakar yang merupakan pengarah KBPM kali ke-7, melahirkan rasa kesalnya dengan karenah dan birokrasi sesetangah kementerian yang berdolak dalih dalam menjayakan kongres tersebut. “Kongres ini semacam tidak mendapat dorongan daripada kepimpinan UMNO, parti kebangsaan yang mengaku menjadi pejuang bangsa Melayu. Bukan itu sahaja, agensi kerajaan juga seperti malu-malu atau takut untuk melibatkan diri di dalam kongres berkenaan. Keadaan ini berlaku kerana agensi kerajaan bekenaan yang ditunjangi orang politik bimbang penyertaan mereka akan menjejaskan masa depan politik mereka.

Kedua, menurut salah satu sumber dari DBP yang boleh dipercayai menyifatkan dua tokoh politik sentral yang dikaitkan dengan penyelenggaraan kongres ini ialah Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Menteri besar Johor, Dato’ Abd. Ghani Othman. Hal ini dapat difahamkan apabila Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Firdaus Hj Abdullah sebelum ini telah diminta oleh Menteri Besar Johor, khabarnya melalui Gapena untuk mengeluarkan satu pernyataan atau komitmen bahawa Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-7 akan diadakan di Pusat Konvensyen Persada Negeri Johor, bersebelahan Bangunan Kerajaan Bukit Timbalan yang menjadi lokasi pertama pejabat DBP. Menurut ceritanya, pusat konvensyen yang hampir siap itu akan dibuka secara rasmi dengan berlangsungnya kongres berkenaan dan dianggap satu-satunya penghormatan tertinggi kepada DBP, khususnya dalam mendaulatkan bahasa Melayu.

Menurut sumber itu, Johor bersedia memberikan komitmen penuh, terutama yang menyangkut pembiayaan dan kemudahan peserta sepanjang tiga hari kongres. Bagaimanapun, akhirnya komitmen Johor tidak kesampaian kerana DBP telah terpaksa “tunduk” kepada keputusan kementerian yang bertanggungjwab terhadap DBP untuk mengadakan kongres di Kuala Lumpur sahaja. Ada cakap-cakap yang menuduh seorang dua individu di kementerian yang kurang senang dengan komitmen Johor dan kongres patut dan perlu diadakan di Kuala Lumpur, tempat perayaan sentral kegiatan Jubli Emas DBP. Dengan demikian segala usaha promosi DBP dan Gapena dan penglibatan Johor menjadi sia-sia, malah “membazir”.

Ketiga, karenah birokrasi yang begitu menebal di DBP tidak terkecuali menjejaskan persiapan kongres. Sebagai sebuah agensi separuh kerajaan dan mempunyai kuasa autonomi, DBP amat jarang atau hampir tidak langsung memanfaatkan fungsinya sebagai institusi yang mempunyai kuasa autonomi. Ini kerana, apa sahaja keputusan yang mahu dilaksanakan di DBP hendaklah merujuk kepada peruntukan dan peraturan yang termaktub dalam Jabetan Perkhidmatan Awam (JPA).

Ketika kongress berlangsung, Prof. Dr Awang Sariyan telah membentangkan kertas kerjanya bertajuk “Bahasa Melayu Setengah Abad Lalu dan Setengah Abad Mendatang: Upaya Pemerkasaannya”.

KBPM kali ke-7 tidak lagi dirasmikan oleh seorang menteri kanan tetapi cukup sekadar dirasmikan seorang ahli Parlimen dari Gua Musang, iaitu Tangku Razaleigh Hamzah. Itu pun sebagai kapasiti Tengku Razaleigh sebagai Pengerusi Sekretariat Kongres Kepentingan Bangsa dan ditutup oleh Ketua I Gapena, Ismail Hussein.

Berikut adalah ketetapan-ketetapan yang dikeluarkan oleh KBPM ke-7:[1]

  • Kongres ini akan diadakan secara berkala, iaitu sekurang-kurangnya dua tahun sekali untuk memberi kesempatan kepada pelbagai pihak dan golongan memperkukuh dan memperbaharui azam dalam pembinaan bahasa, persuratan dan kebudayaan kebangsaan.
  • Meminta kerajaan melalui pelbagai jabatan dan agensinya supaya mendidik sikap masyarakat sentiasa menghormati setinggi- tingginya bahasa Melayu sebagai bahasa yang dapat mengungkapkan kecanggihan pemikiran, penanggapan dan pengembangan serta pengayaan ilmu, sains dan kesusasteraan karya agung bagi bangsa Malaysia.

Rujukan

WikiPedia: Kongres_Bahasa_dan_Persuratan_Melayu http://arkibattakiri.blogspot.com/2009/02/kesan-sa... http://kembarabahasa.blogspot.com/2011_10_01_archi... http://wwwdakabeblogpotcom.blogspot.com/2011/06/ko... http://melayuonline.com/ind/culture/dig/1817/kongg... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kongres... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt... http://klikweb.dbp.my/?p=1416 http://www.dbp.gov.my/klikdbp/klikdbp1nov6.pdf http://plm.org.my/wrdp1/?page_id=197 http://pdffinder.net/Kongres-Bahasa-dan-Persuratan...